MUTIARA KATA PERSAHABATAN
- Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
- Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
- Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
- Sendirian
lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman
duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
- Apabila
engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya
marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan
rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan
rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.
- Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.
- Kalau
engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai
dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya
berat.
- Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
- Manusia
yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan
paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang
diperolehinnya.
- Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa
yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim
kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang
dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan
kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada
sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.
- Sahabat
sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan
bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.
- Teman-teman
kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga
mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada
akhirat.
- Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.
- Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.
- Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.
- Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.
- Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.
- Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.
- Bersahabat
dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat
daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.
- Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.
- Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.
- Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.
- Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
- Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.
- Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.
- Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.
- Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.
- Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.
- Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.
- Apabila
orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai
tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah
kesalahannya.
- Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.
- Manusia
memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah
datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan
orang lain atau menyalahkan takdir.
- Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama. Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.
No comments:
Post a Comment